MANJUNG: Mendiang Leftenan T. Sivasutan, 31, seorang daripada 10 mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam, disifatkan sebagai anak yang baik hati dan tidak pernah menolak segala permintaan orang tuanya.
Bapa mendiang, M. Thanjappan, 61, berkata satu-satunya anak lelaki daripada tiga beradik itu hanya menurut permintaan ibu dan bapanya tanpa sebarang persoalan.
"Saya berani kata di sini, anak saya mendiang Sivasutan seorang anak yang sangat baik hati, tidak pernah menolak permintaan orang tua dia. Jika saya dan isteri kata inilah yang sesuai untuk kamu, dia terima sahaja...kalau mak dia sakit dia terus beli ubat.
"Kalau emak dia tengok barang cantik di TikTok, esok barang itu sampai (dibeli oleh Sivasutan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Sitiawan dekat sini hari ini.
Thanjappan berkata mendiang Sivasutan merupakan simbol kegembiraan keluarga dan pemergiannya membawa bersama segala kenangan manis yang sebelum ini dikongsi bersama.
"...bukan sahaja jasad pergi tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama. Saya dan isteri saya macam dah separuh mati, tinggal jasad sahaja, mungkin mengambil sedikit masa untuk saya menerimanya," katanya.
Thanjappan berkata disebabkan tragedi itu juga seluruh negara telah mengenali mendiang Sivasutan yang merupakan antara juruterbang berketurunan India dalam pasukan TLDM Lumut.
Dalam kejadian pada 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM terkorban selepas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Thanjappan berkata mendiang Sivasutan (gambar) merupakan simbol kegembiraan keluarga dan pemergiannya membawa bersama segala kenangan manis yang sebelum ini dikongsi bersama. - Gambar fail
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Malaysia, Uzbekistan setuju tingkat kerjasama dalam bidang pendidikan
Malaysia komited untuk menyediakan guru Bahasa Inggeris kepada Uzbekistan dalam memastikan bahawa standard pendidikan antarabangsa dipenuhi.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.